• Selamat Datang....
  • Portal Gerbang Borneo
  • Khazanah Warisan Bangsa
  • Kearifan Tempatan
  • Adat & Sosiobudaya
  • Alam & Kedamaian
  • Perubatan Tradisional...
  • Kesenian...
  • Deruan Ombak...
  • Menggapai Awan
  • Kota Kinabalu di bawah bayu...
  • Ketenangan...Bandaraya Kuching
  • Kesenian & Budaya
  • Sejarah Warisan Bangsa
  • Kehalusan Senibina...
  • Keindahan Alam
  • Kedamaian...
  • Kehalusan...
  • Sungai & Kehidupan...
  • full screen slider
  • Adat Resam
Selamat Datang....1 Portal Gerbang Borneo2 Khazanah Warisan Bangsa3 Kearifan Tempatan4 Adat & Sosiobudaya5 Alam & Kedamaian6 Perubatan Tradisional...7 Kesenian...8 Deruan Ombak...9 Menggapai Awan10 Kota Kinabalu di bawah bayu... 11 Ketenangan...Bandaraya Kuching12 Kesenian & Budaya13 Sejarah Warisan Bangsa14 Kehalusan Senibina...15 Keindahan Alam16 Kedamaian...17 Kehalusan...18 Sungai & Kehidupan...19 Alam dan Manusia...20 Adat Resam21
jquery slider by WOWSlider.com v6.4

FAKTA MENGENAI SARAWAK

 

Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.

Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.

 

Sarawak diterajui oleh Ketua Menteri yang juga mengetuai Kabinet Menteri. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya diadakan selang tempoh lima tahun. Ketua Menteri sekarang ialah Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud.Sarawak juga mempunyai Yang di-Pertua Negeri yang sekarang disandang oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Semasa Sarawak menyambut Ulang Tahun ke-25 pada tahun 1988, negeri ini menerima pakai bendera, Lencana, Moto dan Lagu Kebesaran yang baru.

 

Negeri Sarawak terletak di wilayah barat di pulau Borneo. Dengan kawasan yang seluas 124,449.51 kilometer persegi, negeri ini menjadi negeri yang paling besar di Malaysia, dan membentuk 34.5 % daripada jumlah keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini.

Terletak di utara Khatulistiwa antara latitud 0 50 dan 5 utara dan longtitud 109 36 dan 115 40 timur, negeri Sarawak terbentang kira-kira 800 km sepanjang pantai barat laut pulau Borneo. Negeri Sarawak dipisahkan dari Semananjung Malaysia oleh jarak 600 km Laut Cina Selatan. Di pulau Borneo, negeri Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut dan Negara Brunei Darussalam yang membentuk enklaf berganda. Di sebelah pedalaman pula, negeri Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

 

PENTADBIRAN

 

Dewan Undangan Negeri Sarawak, badan penggubal undang-undang yang tertua di Malaysia, telah diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867. Kumpulan pertama dua puluh satu orang ahli Majlis Umum Sarawak yang diketuai Raja Charles Brooke turut terdiri daripada 6 orang pegawai Brooke dan 16 orang ketua masyarakat tempatan. Dalam tahun 1903, Majlis Umum ini dinamakan semula sebagai Majlis Negeri.

Sebelum perang tercetus dalam tahun 1941, putera Brooke, Vyner mewujudkan perlembagaan bertulis yang dinamakan Peraturan Perlembagaan dalam Majlis semasa perayaan ulang tahun ke-100 Pemerintahan Brooke di Sarawak. Dengan hal yang demikian, keahlian Majlis Negeri dinaikkan menjadi 24 orang. Tempat Raja digantikan oleh Ketua Setiausaha mempengerusikan mesyuarat Majlis Negeri. Dalam tahun 1963, keahlian Majlis Negeri dinaikkan menjadi 42 orang. Sejak itu, keahiannya meningkat kepada 48 orang pada tahun 1968, 56 orang dalam tahun 1989, 62 orang dalam tahun 1996 dan 71 orang dalam tahun 2006. Dalam tahun 1976, Majlis Negeri dinamakan semula sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

 

KETUA MENTERI

 

Ketua Menteri adalah ketua kepada cawangan eksekutif Dewan Undangan Negeri yang merancang, melaksanakan dan mentadbirkan semua dasar dan projek negeri. Berikut adalah senarai Ketua Menteri sejak 1963.

YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg

Ketua Menteri Sarawak

 

1. Datuk Stephen Kalong Ningkan (1963-1966)
2. Datuk Penghulu Tawi Sli (1966-1970)
3. Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981)
4. YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (1981-2014)
5. YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem (2014 - 2017)
6. YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg (2017 - hingga kini)

 

sumber: http://www.sarawak.gov.my