• Selamat Datang....
  • Portal Gerbang Borneo
  • Khazanah Warisan Bangsa
  • Kearifan Tempatan
  • Adat & Sosiobudaya
  • Alam & Kedamaian
  • Perubatan Tradisional...
  • Kesenian...
  • Deruan Ombak...
  • Menggapai Awan
  • Kota Kinabalu di bawah bayu...
  • Ketenangan...Bandaraya Kuching
  • Kesenian & Budaya
  • Sejarah Warisan Bangsa
  • Kehalusan Senibina...
  • Keindahan Alam
  • Kedamaian...
  • Kehalusan...
  • Sungai & Kehidupan...
  • full screen slider
  • Adat Resam
Selamat Datang....1 Portal Gerbang Borneo2 Khazanah Warisan Bangsa3 Kearifan Tempatan4 Adat & Sosiobudaya5 Alam & Kedamaian6 Perubatan Tradisional...7 Kesenian...8 Deruan Ombak...9 Menggapai Awan10 Kota Kinabalu di bawah bayu... 11 Ketenangan...Bandaraya Kuching12 Kesenian & Budaya13 Sejarah Warisan Bangsa14 Kehalusan Senibina...15 Keindahan Alam16 Kedamaian...17 Kehalusan...18 Sungai & Kehidupan...19 Alam dan Manusia...20 Adat Resam21
jquery slider by WOWSlider.com v6.4

FAKTA MENGENAI SABAH

 

Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu ialah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada 13buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia. Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan peribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Kumpulan etnik terbesar di Sabah ialah Kadazandusun. Hampir 30% daripada  penduduk di negeri ini ialah etnik Kadazandusun. Pesta Menuai yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ialah perayaan yang disambut oleh etnik Kadzandusun dengan tujuan untuk  menghormati “roh beras” serta menzahirkan rasa syukur mereka kerana hasil  tuaian yang lumayan. Etnik lain di Sabah ialah Bajau, atau juga dikenali sebagai “Koboi Timur”, dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, ialah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah. Suku kaum Etnik lain yang terdapat di Sabah ialah Bisaya, Iranun, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Lundayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida'an, dan banyak lagi. Selain itu, bangsa Cina juga merupakan kumpulan utama bukan peribumi di Sabah.

 

Sejarah Sabah boleh dikesan kembali kira-kira 20,000 - 30, 000 tahun yang lalu. Syarikat Berpiagam Borneo Utara memerintah Sabah (kemudian dikenali sebagai Borneo Utara) dari tahun 1881 sehingga 1942, apabila tentera Jepun menyerang Borneo Utara semasa Perang Dunia II. Peperangan tersebut telah menyebabkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai sumber kewangan untuk membina semula negeri Sabah. Oleh sebab itu, wilayah itu telah diletakkan di bawah kawalan pejabat kolonial dan menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946. Beberapa tahun selepas itu, Sabah mencapai pemerintahan sendiri daripada British, dan telah bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

 

Selain terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya, negeri Sabah juga tersohor dengan keindahan flora dan faunanya yang menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Antara lokasi menarik yang menjadi pilihan utama pelancong ialah Gunung Kinabalu, Maliau Basin, Lembah Danum, Rumah Agnes Keith, Simpang Mengayau, Rizab Hidupan Liar Tabin dan Gua Gomantong.

 

Kepelbagaian etnik juga telah memberikan keunikan jenis makanan di Sabah. Pelbagai jenis juadah tradisinal di Sabah. Etnik Kadazandusun terkenal dengan hinava dan tuhau, etnik Bisaya dengan ambuyat dan etnik Bajau dengan kuih penjaram.

 

 

Setiap etnik di Sabah juga turut mengetengahkan kehebatan mereka dalam pelbagai bidang seperti tenunan, ukiran dan motif. Etnik Bajau di Sabah misalnya sangat terkenal dengan kehebatan dan kearifan mereka dalam seni pembuatan parang, keris serta ukiran. Apabila membicarakan soal tenunan, masyarakat Rungus dan Iranun terkenal dengan hasil tenunan mereka. Pelbagai motif dapat dilihat daripada tenunan di pakaian tradisi mereka. Antara motif yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Rungus ialah binugang, motif menyerupai burung dan binutuan, motif yang menyerupai jalinan kulit kayu.

 

PENTADBIRAN

gambar Bangunan Yayasan Sabah
Bangunan Yayasan Sabah

Negeri Sabah pernah ditadbir oleh Gabenor berbangsa British di bawah Penjajahan British.  Pada masa itu, Sabah dikenali sebagai British North Borneo.  Dewan Perundangan pada ketika itu dikenali sebagai  Legislative Council.  Semua undang-undang yang digubal pada masa itu dipanggil ordinan. Pada 16 September 1963, negeri Sabah mengisytiharkan kemerdekaan daripada penjajahan British.

 

Pada hari itu,   negeri Sabah,  negeri Sarawak dan Singapura bergabung dengan  Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk satu negara yang kini dikenali sebagai MALAYSIA.  Encik Donald Stephens @ Tun  Haji Mohd Fuad Stephens  dilantik sebagai Ketua Menteri pertama negeri Sabah. Setelah merdeka, Dewan Undangan Negeri Sabah dibentuk dengan melantik beberapa orang pemimpin tempatan daripada kalangan masyarakat yang mewakili kawasan Kuasa-kuasa Tempatan (Local Council Jurisdiction).  Mereka digelar sebagai The Legislative Executive. Undang-undang yang diluluskan oleh badan ini dipanggil Enakmen.

Bagaimanapun,  sebahagian undang-undang (Ordinan) masih diterima pakai sehingga hari ini,  sebagai tanda peninggalan penjajahan British seperti  Ordinan Tanah 1963. Pilihanraya Negeri Sabah pertama diadakan dalam tahun 1967,  lebih kurang empat tahun selepas pengisytiharan kemerdekaan.

 

Di bawah peruntukan Artikel 13 dan 14 Perlembagaan Negeri Sabah, Badan Perundangan Negeri Sabah terdiri daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan  Dewan Undangan Negeri Sabah.   Dewan Undangan Negeri Sabah terdiri daripada seorang Speaker, dua orang Timbalan Speaker dan 60 Ahli Dewan Undangan Negeri.

 

KETUA MENTERI

YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Ketua Menteri Sabah

 

1. Tuan Donald Stephens (31.08.1963 - 31.12.1964)
2. Tan Sri Peter Lo Su Yin (01.01.1965 - 1967)
3. Tun Datu Hj. Mustapha bin Datu Harun (11.05.1967 - 31.10.1975)
4. Tun Haji Mohd. Said Keruak (01.11.1975 - 13.04.1976)
5. Tun Haji Mohd. Fuad Stephens (14.04.1976 - 06.06.1976)
6. Datuk Harris Mohd. Salleh (07.06.1976 - 15.03.1985)
7. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (22.04.1985 - 16.03.1994)
8. Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai (17.03.1994 - 26.12.1994)
9.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Salleh Tun Haji Mohd. Said Keruak (27.12.1994 - 27.05.1996)

10. Datuk Yong Teck Lee (28.05.1996 - 27.05.1998)
11. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (28.05.1998 - 14.03.1999)
12. Datuk Seri Panglima Haji Osu Haji Sukam (15.03.1999 - 27.03.2001)
13. Datuk Chong Kah Kiat (2703.2001 - 25.03.2003)
14. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (26.03.2003 hingga kini)

 

sumber: http://www.sabah.gov.my

http://destinasibarupelancongansabah.blogspot.com

http://kadazandusun8.tripod.com
http://blog-makanandisabah.blogspot.com

http://rungusmomogun.blogspot.com/