Fakta Mengenai Wilayah Kalimantan

Kalimantan adalah sebuah wilayah negara Indonesia yang terletak di selatan kepulauan Borneo. Ia bersempadanan dengan Sabah dan Sarawak di bahagian utara, manakala di bahagian selatan, ia bersempadanan dengan perairan-perairan Selat Karimata, Laut Jawa, Selat Makasar, dan Laut Sulawesi.

Sebahagian besar wilayah Kalimantan dari negeri Sambas sehingga negeri Berau merupakan bekas kawasan taklukan Kerajaan Banjar, tetapi kini, kawasan itu menyusut menjadi sebahagian kecil sahaja daripada wilayah Kalimantan Selatan ketika kini, setelah jatuh ketangan kesultanan Brunei. Dengan kedatangan British, British memisahkan Sabah, Sarawak dari Kalimantan (termasuk Brunei). Semasa Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, Indonesia membantah kerana mereka bercita-cita menubuhkan Indonesia Raya, dan rancangan itu akan membahagi Kalimantan. Akan tetapi, British tetap meneruskan rancangan dan hanya mengiktiraf Kalimantan sebagai bahagian Indonesia sahaja, manakala keseluruhan kepulauan dipanggil Borneo. Sampai sekarang kepulauan itu dipanggil Borneo manakala bahagian Kalimantan pula merujuk sebagai wilayah selatan borneo (aka bahagian Indonesia). Nama Kalimantan kembali menjadi popular pada dekad 1940.

Pentadbiran

Kalimantan dibahagikan kepada empat buah wilayah:

Kalimantan Tengah, dengan ibu kotanya di Palangkaraya
Kalimantan Timur, dengan ibu kotanya di Samarinda
Kalimantan Selatan, dengan ibu kotanya di Banjarmasin
Kalimantan Barat, dengan ibu kotanya di Pontianak
Kalimantan Utara, dengan ibu kotanya di Tanjung Selor

Sumber

sumber: http://ms.wikipedia.org

Scroll to Top