e-Borneo

Gerbang Borneo (e-Borneo) merupakan Gedung Khazanah Bangsa yang mengumpulkan khazanah kearifan tempatan Borneo yang meliputi pelbagai bidang mengikut pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC), iaitu Karya Umum, Falsafah & Psikologi, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Tulen, Teknologi & Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan dan Geografi/Sejarah. e-Borneo mengelompokkan ilmu dan maklumat yang terakam dalam bentuk imej, kertas kerja, bahan penerbitan dan lain-lain kepada kelompok bahasa, sastera dan budaya. Bahan yang berkait langsung dengan bahasa atau sastera akan dikelompokkan dalam kumpulan bahasa atau sastera, manakala bahan yang di luar daripada kelompok bahasa atau sastera akan dimasukkan dalam kumpulan budaya, teknologi dan alam.

MERANGKUMI:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Info e-Borneo

Borneo dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makasar di sebelah timur, dan Laut Jawa dan Selat Karimata di selatan. Ini adalah pulau terbesar di Kepulauan Melayu, dengan luas 743,330 kilometer persegi (287,000 batu²). Di sebelah barat Borneo adalah Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, di sebelah selatan adalah Jawa, di sebelah timur adalah Sulawesi, dan di sebelah timur laut adalah Filipina.

Titik tertinggi Borneo adalah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 m (13,435 ka) di atas permukaan laut. Ini adalah puncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara, yang juga membuat Borneo menjadi pulau tertinggi ketiga di dunia.

Sistem sungai yang terbesar adalah Kapuas di Kalimantan Barat. Dengan panjang 1,143 km (710 bt), ini adalah sungai terpanjang di Indonesia. Sungai terpanjang Malaysia, iaitu Rajang, terletak di Sarawak dan panjangnya 562.5 km (349.5 bt). Sungai-sungai besar yang lain adalah Barito di Kalimantan Selatan sepanjang 880 km (550 bt) dan Mahakam di Kalimantan Timur sepanjang 980 km (610 bt).

Borneo mempunyai sistem gua yang signifikan. Sebagai contoh, Gua Air Jernih di Taman Negara Mulu memiliki salah satu sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia. Contoh lain adalah Gua Rusa, yang dianggap sebagai salah satu gua terbesar di dunia, merupakan tempat bagi lebih dari tiga juta kelawar dan memiliki akumulasi guano yang lebih tinggi dari 100 meter (330 kaki).

“seni dan sistem nilai budaya saling berkaitan dengan kehidupan manusia, yang dilahirkan (rumah kelahiran), kebangsaan ( tempatan: kampung, negeri asal usul) dan kepakaran masing-masing, pada zamannya sehingga muncul jatidiri anak tempatan.”
Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
Sempena Bengkel Kerja Sidang Editor Portal Gerbang Borneo: Pemantapan Kefahaman Tentang Konsep Kearifan Tempatan,
Kota Kinabalu, Sabah.
27 Februari 2015.

sumber: http://ms.wikipedia.org

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kearifan Tempatan

Kearifan Tempatan ditakrifkan sebagai kebijakan setempat (local wisdom), pengetahuan setempat (local knowledge) atau kecerdasan setempat (local genius). Kearifan tempatan juga dapat difahami sebagai sebuah pemikiran tentang hidup, yang mana dapat diterjemahkan sebagai karya akal budi, perasaan mendalam, bentuk perangai, tabiat dan kemuliaan manusia setempat yang merupakan keperibadian budaya bangsa yang dimiliki oleh entik tertentu.

Pengetahuan
Keyakinan
Pemahaman
Wawasan
Etika/kebiasaan.

Bahasa dan Sastera

Buku Majalah/Jurnal, Makalah, Akhbar, Kertas Kerja, Hasil Penyelidikan, Karyawan, Galeri (Imej), dan Galeri (Audio/Visual)

Budaya dan Teknologi

Buku Majalah/Jurnal, Makalah, Akhbar, Kertas Kerja, Hasil Penyelidikan, Karyawan, Galeri (Imej), dan Galeri (Audio/Visual)

Alam

Buku Majalah/Jurnal, Makalah, Akhbar, Kertas Kerja, Hasil Penyelidikan, Karyawan, Galeri (Imej), dan Galeri (Audio/Visual)​

e-Borneo

Dewan Bahasa dan Pustaka

Sebarang pertanyaan sila salurkan kepada Urus Setia e-Borneo:
Kuala Lumpur: 03 – 2147 9388
Kuching, Sarawak: 082 – 227 048
Kota Kinabalu, Sabah: 088 – 439 314
Emel: eborneo@dbp.gov.my

+
BAHASA DAN SASTERA
+
BAHASA DAN SASTERA
+
ALAM
BORNEO
Scroll to Top